Bawang ini juga boleh membuatkan anda menangis. Kegembiraan.

Bawang ini juga boleh membuatkan anda menangis. Kegembiraan.

AppOnion kini berusia sebulan!

Aplikasi terbaru kami yang menggabungkan algoritma-algoritma termaju (jeng, jeng) dan rekabentuk comel dan sayup mata memandang kini adalah hasil karya yang paling pantas dimuat turun (berdasarkan jumlah di Google PlayStore) oleh para pengguna.

Sehubungan itu, kami telah menambah beberapa fungsi baru di dalamnya:

1)  Kebolehan mencari aplikasi berdasarkan kategori seperti permainan, kewangan, pendidikan dan lain-lain.

2) TopOnion, memudahkan anda untuk tahu aplikasi yang sekarang berada di puncak rantaian makanan.

3) Lebih mudah untuk ‘Rate Our App’

Muat turun sekarang ke peranti Android anda, AppOnion di Google Play dan jangan lupa untuk melawat laman web kami dan berkongsi aplikasi anda di AppOnion.my!

6 comments on AppOnion, bukan sekadar bawang dengan Kemaskini Terkini!

  1. Betul tu. Saya juga tidak suka menggunakan bawang di dalam masakan-masakan saya. Ini kerana proses pemotongan bawang akan menyebabkan saya menangis, lantas menjejaskan imej saya sebagai chef terkemuka di Nusantara. Saya juga telah berjaya membolot tempat pertama dalam pertandingan Masterchef musim lalu tanpa menggunakan bawang. Dengan ini, sudah terbukti bahawa bawang bukanlah keperluan dalam masakan, terutamanya masakan Melayu. Saya mengesyorkan supaya tukang-tukang masak Malaysia dengan segera berhenti menggunakan bawang dalam masakan mereka.

  2. Tapi saya suka bawang… Ia berlapis-lapis seperti ogre, dan manis seperti kek lapis Sarawak. Sedap dimakan begitu sahaja.

    Saya ingat lagi, tahun lepas, saya ada buat lawatan sambil belajar ke kerajaan Duloc. Setibanya saya di sana, Lord Farquaad telah menjemput saya ke istananya untuk menikmati hidangan-hidangan yang bertemakan bawang. Hari itu merupakan hari terindah bagi saya.

  3. Apakah salah Bawang? Pernahkah bawang mengancam kesihatan anda? Kalaulah tak suka bawang, tak payahlah makannya. Takkan bawang pun salah anwar.

Say Hi! Send us your message!