12 Soroton (atau wajah babyface) teknologi 2012 oleh Harian Metro. Oh, dan Kerja Kosong!

— posted on December 20, 2012 9:28 AM

Share this to

    [caption id="attachment_3453" align="alignnone" width="540"]Wajah yg perlu selalu bermain di minda anda. Wajah yg perlu selalu bermain di minda anda.[/caption]

    Sekali lagi terima kasih kepada Harian Metro dan Afiq Hanif kerana menyertakan kami di dalam ruangan tengah it@Metro semalam. Melalui cerita bertajuk 12 Sorotan Teknologi Anda Tertinggal, Terato atau lebih khusus sebenarnya (bersama muka) Reza Razali, dikatakan sebaris dengan syarikat antarabangsa yang bertapak di Amerika Syarikat seperti Google, Yahoo dan juga Twitter.

    Ini merupakan penghargaan yang amat bermakna buat kami sebagai sebuah organisasi yang sedang berkembang dan meningkat maju. Secara jujurnya, pencapaian Terato belum setanding Google, Yahoo mahupun Instagram (jual, jual, jual gambar itu!) tapi kami berharap untuk terus berdaya saing dan menjadi sekurang-kurang sebuah organisasi terkemuka atau terbesar di Asia Tenggara. Sehubungan itu, kami mengalu-alukan para pengaturcara dan pereka bentuk grafik (graphic designer) di luar sana, graduan baru atau sudah lama untuk menyertai kami Terato tech. Kami yang bertapak di Bandar Baru Bangi, Selangor (sila percaya ini adalah pekan yang suasananya lebih kurang sama dgn Palo Alto) sedang mencari rakan-rakan sekerja yg baru untuk menguatkan lagi operasi harian kami. Untuk memohon, sila ke laman: Kerjaya di Terato tech atau boleh hantar terus resume dan portfolio anda ke [email protected]. Sebar-sebarkan untuk manfaat rakan-rakan dan ahli keluarga. Anda comel.

    Share this to

      Ready to start a project?

      Click below to write us a note, or reach us at+60389221606 +60192008213