Adam: Saya masuk TV! Raksasa: TV? Akademi Fantasia?!

Pada 7 Julai yang lepas, Adam Dream telah muncul kaca TV nasional kita.

Bersiaran di dalam rancangan In Trend, RTM2 pada pukul 1 petang, adik kita yang comel ini diberi ulasan ringkas dalam segmen Gajet.

Segmen tersebut yang menampilkan Ashraf, dikendali oleh salah seorang pengacara InTrend, Hafiz.

Wah, sangat tersusunnya ayat saya. Sila tonton klip tersebut di bawah. Dan muat turun Adam Dream yang telah diPERCUMAKAN, sekarang di Apple App Store, Adam Dream: Numbers Nightmare. Sesuai untuk mengasah bakat matematik anak-anak anda. Reka grafik juga cantik dan sedap.

Embedly Powered

In Trend, sebuah rancangan berbentuk majalah untuk remaja, bersiaran pada tiap hari Sabtu, pukul 1 petang di RTM2.

4 comments on Adik Adam dan abang Ashraf dalam InTrend

Hello there, anything to say? ;-)