Amok dalam it@Metro

— posted on November 1, 2012 10:34 AM

Share this to

    [caption id="attachment_3361" align="alignnone" width="540"] Tekan utk paparan lebih luas![/caption]

    Amok, permainan peranti mudah-alih hasil kerjasama buat pertama kali antara Terato dan penerbit dari Perancis Bulkypix, telah diulas dalam ruangan it@Metro Harian Metro semalam (31 Oktober 2012).

    Pengulas memberikan markah 4 bintang untuk permainan aksi-libas-melibas-cantas-mencantas-berlari-lari ini. Terima kasih. Satu pelukan halimunan buat pengulas. Permainan yang boleh didapati di Apple App Store ini menyediakan 32 peringkat permainan, 5 ketua penjahat yang berbeza, 3 watak yang boleh para pemain pilih iaitu Jebat, Damak dan Teja dan  ianya PERCUMA! Bagaimanapun buat masa ini, ia masih belum boleh didapati dari Apple App Store Malaysia tetapi para pemain masih boleh memuat turun dari pasaran Amerika.  Pihak Terato Games sedang mengemaskini permainan ini buat para pengguna dari Malaysia, maka kami berharap anda dapat bersabar dan tidak mengamuk sambil melibas-libas parang itu.

    Share this to

      Ready to start a project?

      Click below to write us a note, or reach us at+60389221606 +60192008213