Ketahui lebih lanjut tentang Forest Fables dalam InTrend di RTM2 esok!

— posted on May 18, 2012 11:00 AM

Share this to

    [caption id="attachment_2757" align="alignnone" width="540"] Sesuai untuk seisi keluarga![/caption] Selamat pagi! Adik-adik (juga abang-abang dan kakak-kakak) masih ingat lagi tentang Forest Fables? Forest Fables merupakan koleksi cerita-cerita rakyat yang kami bangunkan untuk peranti iPad dengan menggunakan enjin Aiyo! Ya adik-adik, Forest Fables yang mengandungi kisah-kisah seperti Sang Kancil dengan Buaya, Musang Berbulu Ayam dan Sang Gagak Hitam dan Si Merpati Putih adalah usaha kami untuk mengangkat cerita-cerita dari Nusantara. [caption id="attachment_2761" align="alignleft" width="250"] Kancil terkejut![/caption] [caption id="attachment_2762" align="alignleft" width="250"] Dazrin dalam InTrend[/caption]                 Forest Fables akan muncul esok di kaca TV anda pada pukul 1 petang di saluran RTM2 melalui rancangan InTrend. Pengacara Dazrin Kamarudin akan membawa anda mengenali Forest Fables dengan lebih dekat dan mungkin dari situ adik-adik akan mula tertarik dan terus memuat turunnya dari Apple App Store. Tapi kalau adik-adik sudah pun teruja selepas membaca artikel yang comel ini, teruskan ke iTunes Store di iPad anda sekarang: Forest Fables (tekan!) Sekali lagi, RTM2, 1 petang, InTrend!

    Share this to

      Ready to start a project?

      Click below to write us a note, or reach us at+60389221606 +60192008213