Majalah Jom dan Get Hired pada iPad anda! Dikuasakan oleh AIYO.

— posted on April 1, 2013 1:38 PM

Share this to

    [caption id="attachment_3599" align="alignnone" width="343"]majalahjom-isu13-newsstandcover Comel? Dapatkan sekarang![/caption] AIYO, enjin penerbitan tablet yang mudah, pantas dan murah telah menambah dua lagi aplikasi iPad dan iPad Mini pada Newsstand dan Apple App Store! Majalah Jom (pautan iTunes), sebuah majalah terbitan Deen Prints untuk pendakwah muda. Berkonsep separa serius-santai. Mengandungi kolum-kolum menarik dan segar berkaitan tarbiyah, dakwah dan harakah telah mula sedia dimuat turun dan dilanggan. Konsep majalah ini tampak segak, segar dan kontemperari malah kami tahu ramai peminat mereka di luar sana tidak sabar untuk mendapatkan versi elektronik sulung ini. Tersedia untuk dimuat turun adalah isu 12 dan 13. Langgani sekarang untuk penjimatan yang menggiurkan!
    Embedly Powered
    via iTunes
    Selain itu, Newsstand AIYO juga menawarkan buku motivasi terbitan Harris Ismail Publications bertajuk Get Hired (pautan iTunes). Buku pertama tulisan beliau tersebut merujuk kepada cara-cara untuk menyediakan diri anda dalam menghadapi temuduga kerja. Lengkap dengan nota-nota berguna, cara berpakaian, soalan-soalan yang boleh diramal dan pelbagai maklumat yang bakal memudahkan akal dan hati anda dalam menghadapi hari yang mendebarkan itu. Hanya berharga USD$ 1.99 Atau RM 6, ia tak mungkin koyak dan boleh dibawa ke mana sahaja bersama aplikasi-aplikasi anda yang lain. Dapatkan sekarang.
    Embedly Powered
    via iTunes
    Layari Newsstand AIYO dan dapatkan majalah-majalah dan bahan bacaan yang menggunakan enjin AIYO.

    AIYO menawarkan enjin dan perisian penerbitan yang bukan sahaja mudah, cepat difahami dan 'straight-forward' malah murah pada harga USD$ 99 sahaja sebulan. Anda juga mungkin layak untuk mendapatkan rebat selama 6 bulan bila mula melanggan enjin ini terutama kepada para penulis bebas dan syarikat penerbitan kecil dan sederhana di Malaysia.

    Hubungi kami di http://aiyom.ag untuk maklumat lanjut.

    Share this to

      Ready to start a project?

      Click below to write us a note, or reach us at+60389221606 +60192008213