Minggu-minggu yang Menarik untuk eParlimen

— posted on September 27, 2011 10:32 AM

Share this to

    [caption id="attachment_2241" align="alignnone" width="540" caption="Sertai gerakan ini, klik!"][/caption] Inisiatif eParlimen merupakan lembaran baru dalam cara perhubungan di antara rakyat dan ahli-ahli parlimen. Sejak diwujudkan, eParlimen telah mendapat perhatian yang cukup menggalakkan dari semua pihak. Anggota masyarakat amat berminat dengan sistem ini dan kami di Terato tech setiap hari mengerah tenaga untuk memastikan rakyat cukup bersedia untuk menggunakannya kelak. [caption id="attachment_2244" align="alignnone" width="540" caption="Aktifkan kawasan parlimen anda seperti Kuala Pilah, sekarang!"][/caption] Dari mula lagi, eParlimen telah membuka mata organisasi-organisasi antaranya Frost and Sullivan (antara sebab kami memenangi anugerah Pengeluar Aplikasi Mudah-Alih paling Inovatif tahun lepas), Anugerah MSC Apicta 2011 (disenarai pendek) dan Anugerah 50 Aplikasi Terhebat Asia oleh (sedang mengejar senarai pendek). Inisiatif ini juga telah mula dikesan di dada-dada akhbar dan media-media elektronik antaranya Sinar Harian dan Blog teknologi terkemuka dari Malaysia, Amanz. Sistem eParlimen memerlukan anggota masyarakat iaitu ANDA untuk menjana isi kandungannya selain diwujudkan sebagai pusat komuniti dalam talian. Sertai kami dan mula ganggu ahli-ahli Parlimen anda dengan aduan yang bernas di dalam medium yang lebih telus dan boleh dikongsi.

    Sertai eParlimen dan undi untuk mengaktifkan kawasan Parlimen anda di sini: http://www.eparlimen.com/

    Undi eParlimen sebagai salah satu aplikasi terbaik Asia sini: http://asiatop50apps.com/category/voting/ (senarainya panjang, sila cari eParlimen)


    Share this to

      Ready to start a project?

      Click below to write us a note, or reach us at+60389221606 +60192008213