Semalam, tidak ramai kawan-kawan berada di pejabat. Suasana agak sunyi.

Selepas makan tengah hari di kedai makcik bawah, Seperti biasa aktiviti seterusnya ialah SF4.

Hampir pukul 2.00 petang, hanya Salih seorang yang masih tiada. Pelik.

Loceng berbunyi…

Tiada seorang pun yang mahu membuka pintu. Semua sibuk, kononnya.

Saya secara sukarela pergi.

“Hello Terato tech…”

“Client, client…” suara yang tidak jelas kedengaran di hujung talian.

Oh, mungkin Salih main-main agaknya (sebelumnya Fetty, Dayana & ___ telah permainkan saya).

Saya terus membuka pintu.

Saya diam ‘tanda’ terkejut.

Dalam hati, “mungkin mereka ni ada temujanji dengan boss”.

***

Semua pekerja terkejut, kecuali…

P/s: Dengar kata, Hafizul telah meluaskan pasaran ‘produknya’-nya ke Afrika.

Akhir kata, saya tak bersalah dan tak patut dipersalahkan.

9 comments on Omglulz #2

  1. Guys,

    I viewed the recording and it was funny but well it gets scary as well. Aizuddin menyorok kat dapur, lepas tu keluar, alahaii korang

Hello there, anything to say? ;-)