Sekali lagi, TERIMA KASIH HARIAN METRO!

Akhbar nombor satu (ya, 1) di Malaysia melalui sisipan it@Metro telah menyiarkan dua artikel atau ulasan berkaitan aplikasi yang kami bangunkan. (Dua artikel dalam 3 minggu).

Aplikasi-aplikasi tersebut adalah permainan Qalvinius dan sistem perhubungan rakyat dan ahli parlimen, eParlimen.

Berikut adalah potongan dari akhbar:

Qalvinius: Sentuhan (Hmm) Malaysia

Secara keseluruhan Qalvinius mendapat 4 bintang. Walaupun sudah lama berada di Apple App Store, Qalvinius yang merupakan produk kami yang paling popular (di pasaran dunia) akan terus dikemaskini mengikut selera dan keperluan pengguna.

Pengguna peranti iOS boleh mula muat turun di sini: Qalvinius (untuk pasaran luar Malaysia sahaja)

Dan lagi satu:

eParlimen, menghubungkan pemimpin dan masyarakat

Sistem eparlimen yang baru dilancarkan ini amat memerlukan perhatian dari para pelayar web di Malaysia. Ia merupakan sistem yang berasaskan penjanaan kandungan oleh pengguna dan untuk itu lebih ramai rakyat diperlukan untuk mengaktifkan akaun setiap kawasan.

Mula mendaftar di sini: eParlimen

Terima kasih yang tidak terhingga kepada wartawan akhbar tersebut, saudara Afiq hanif atas ulasan beliau yang amat membina. Semestinya ia membuka mata kami untuk terus membangunkan aplikasi-aplikasi yang lebih bermanfaat dan mesra pengguna untuk semua di masa hadapan.

Hello there, anything to say? ;-)