Reza, kemeja T dan eParlimen

— posted on December 23, 2011 4:47 PM

Share this to

    [caption id="attachment_2424" align="alignnone" width="540"] Nampak lebih nipislah awak![/caption] Sedikit terlambat untuk memaklumkan ini, tetapi semalam, pengasas Terato tech, Reza Razali telah muncul di kaca TV bersama kemeja T terbaru yang membawa jenama organisasi kami. Dan beliau kelihatan sangat gagah! Reza, malam semalam dijemput ke studio ASTRO Awani (sekali lagi) untuk membincangkan tentang aplikasi eParlimen yang bakal dilancarkan secara besar-besaran tidak lama lagi. [caption id="attachment_2422" align="alignnone" width="425"] Kemeja hebat![/caption] Mungkin ada antara anda telah mendengar tentang eParlimen sebelum ini. Ia adalah medium terbaharu yang bakal memudahkan perhubungan di antara rakyat dan tuan-tuan Yang Berkhidmat di kawasan parlimen mereka. Anda boleh menghantar maklum balas juga aduan kepada ahli parlimen melalui laman web, aplikasi iPhone dan telefon pintar lain malah SMS. Dan medium ini berbentuk terbuka dan lebih telus. Untuk maklumat lebih lanjut dan mendaftar, sila layari, sekarang, pautan: http://www.eparlimen.com Kami juga bakal mengadakan beberapa kempen dan pertandingan sempena pelancaran aplikasi ini. Jadi, tunggu! Bonus: http://www.vimeo.com/undies

    Share this to

      Ready to start a project?

      Click below to write us a note, or reach us at+60389221606 +60192008213