Hai semua,

Pada 27/3/2010 yang lalu (Sabtu) kami pasukan Teratotech yang dianggotai oleh En. Reza, Zara, Hiemi dan Mai (comel bukan?) telah dijemput ke UMP Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk menjadi tenaga pengajar untuk program latihan kepada para pelajar mengenai iPhone. Sesi latihan tersebut berlangsung pada hari Sabtu pagi, maka hari sebelumnya iaitu pada petang Jumaat kami telah disambut baik, manis dan mesra oleh beberapa orang wakil pelajar di Hotel Vistana setibanya di sana.

Selepas berehat seketika dan menunaikan solat Maghrib kami berjalan-jalan di sekitar Kuantan yang masyhur itu dan berhenti di sebuah restoran ‘rahsia’ untuk jamuan makan malam. Makanan yang disajikan amat mewah seperti Udang, Ketam dan Ikan kerapu, tomyam dan lain-lain. Gambar dibawah menceritakan segala-galanya.

[nggallery id=6]

Pada keesokan harinya kami tiba di kampus UMP Gambang pada pukul 10.00 pagi dan disambut baik oleh pensyarah dan para pelajar.  Sesi latihan dimulakan dengan ucapan oleh En. Reza memperkenalkan syarikat kami kepada pelajar. Selepas itu disambung Zara Aida dengan pengenalan mengenai pengaturcaraan iphone (iphone programming). Seterusnya, En. Helmi  Hasan mengambil alih dengan memberi tunjuk ajar mengenai pembangunan aplikasi iphone untuk modul 1.

Secara kasar, para pelajar diajar mengenai aplikasi iphone dan ini telah menarik minat kebanyakkan daripada mereka. Sifat teruja dan ingin lebih tahu terpancar pada wajah mereka.

[nggallery id=7]

Modul 2 disambung oleh saya, Cik Maisarah, menunjuk ajar para pelajar mengenai ‘url’ untuk aplikasi iphone. Masa berlalu sangat pantas dan kami terpaksa mengakhiri latihan pada pukul 3.30 petang.

Sejurus tamat program kami terus pulang ke Kuala Lumpur. Pada masa ini perasaan penat mengajar mula menyelubungi kami sehinggalah…

[singlepic id=44 w=600 h=235 float=]

(Jangan Marah Encik Helmi Baraja)

8 comments on Sehari Di Universiti Malaysia Pahang

  1. waaa, mai mai, tengah tidur bermimpi di foto…

    aku pun kena tag “hilmi baraja menjadi petualang”….?!?!?

  2. and why my photo is the biggest in this article??

    hezman,, put watermark/copyrights also “teratotech blog”, afraid someone copy it without authorization.. loooooool.

  3. hilmi:: hebat x mai? bkn main nyenyak sekali kamu tido yer.. ada ke owg nk capture pic u tido tue?? hahhaha

    hezman:: bagus hezman.. seperti kemahuan i.. hahhaha

    zara::ader gambar dier lg dlm simpanan mai.. zara nk ke?? wat tatapan sblm tido mlm.. hahhaha

  4. weleh-weleh,, mai ada berapa banyak tangkap gambar ku tu?? macam2 la kau ambik gambar ku,,, wah, kalau macam itu, si bling semua gaya kau ambik…!, waa bahaya, danger…

    PS: dont even imagine..

  5. hahahaha Kakak Maiiiiiiii, very funny, thanks but no thanks. amboooooiiiiii mai! buat kiter gelak besar jaa malam2 ni.

Hello there, anything to say? ;-)