Selamat Datang Hijazi!

— posted on May 4, 2010 9:47 AM

Share this to

    [caption id="attachment_486" align="alignnone" width="445" caption="Ajmal dan Dayana duduk di belakang Hijazi ni. "][/caption] Assalamualaikum dan salam sejahtera! Dengan ucapan salam tersebut kami di Terato Tech amat berbesar hati untuk menerima Muhammad Hijazi di dalam keluarga muda kami yang makin membesar ini! Beliau merupakan seorang pembangun aplikasi iPhone yang bercita-cita tinggi dan amat pakar dalam pembangunan aplikasi berkaitan kawalan kereta dan telemetrik. Bunyinya amat 'sejuk' bukan? Semoga dengan kehadiran beliau akan mengukuhkan lagi tapak yang telah pasukan kami bina ini. Sebentar, saya pernah sebut tentang Ajmal dan Dayana tak? Hmm, kalau belum, hmm, Ajmal dan Dayana adalah dua orang belia pelajar UNITEN, datang ke sini untuk latihan industri. Dan mereka amat bersopan santun orangnya kerana selalu membantu saya di dalam kesusahan. :-) Apapun, moga dengan kehadiran warga baru Terato Tech ini, selari dengan penjualan iPad yang telah mencecah 1 juta unit (baca sini), kami akan mendapat lebih banyak idea yang comel-comel dan tenaga kerja yang tidak kenal lelah untuk menyiapkan tugasan demi menyahut saranan Perdana Menteri ke arah negara berpendapatan tinggi!

    Share this to

      Ready to start a project?

      Click below to write us a note, or reach us at+60389221606 +60192008213