Record breaking in height by the intern, Nadya.

Hi guys!

Dulu masa awal-awal internship rasa macam lama je 5 bulan tu. Tapi hari ni dah last day dah pun. Apa-apa pun, nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada bos, En.Reza Fahmi Razali yang bagi peluang untuk saya internship di Terato. Banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang 5 bulan ni. Kepada semua Team Terato yang lain, thanks juga diucapkan.

Internship kat Terato memang superb-best! Rasanya kalau sehari tak gelak kat office macam tak sah. Ada sahajalah yang buat lawak. Korang memang happening. Thanks sebab menceriakan hari-hari internship saya. Hehe.

Lepas ni sure rindu nak lunch di kedai makcik bawah. Tapi ada satu benda tak dapat buat before habis internship. Tak dapat main kinect. Kalau nanti korang buat kinect challenge sila buat post ye? :)

Buat jejaka-jejaka tampan kat Terato, sila rajin-rajin basuh cawan dan pinggan okay? Lepas ni tinggal Aqilah sahaja sampai bulan 7, jangan buli dia pula! Haha.

Thanks pada bos sebab belanja tengok movie and belanja makan sempena farewell kitorang tadi. Terbaik! 😀

2 comments on So long Terato Tech (by Nadya)

Hello there, anything to say? ;-)