Surat Terbuka Ahmad Alfhajri tentang Terato tech

— posted on July 25, 2012 1:53 PM

Share this to

    [caption id="attachment_3076" align="alignnone" width="540"] Ahmad (tengah) memberi ucapan perpisahan dan perpelukan[/caption] Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia saya ucapkan kepada semua pembaca blog Terato Tech yang sedang membaca artikel ini. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menyiarkan artikel yang tidak seberapa ini sempena saya menamatkan latihan praktikal di Terato Tech dan ingin meminta maaf kepada pihak Terato Tech atas kelewatan untuk membuat artikel ini. Umum mengetahui saya Ahmad Alfhajri telah melaksanakan latihan praktikal selama 20 minggu atau 4 bulan 15 hari. Jika ditolak cuti yang diberikan pada setiap Sabtu dan Ahad maka jumlah hari saya melaksanakan latihan praktikal adalah selama 100 hari tanpa sebarang mangkir. Sebagai memenuhi salah satu kurikulum Universiti Teknologi Malaysia, pelajar Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat(FSKSM) harus menjalani latihan praktik selama satu semester iaitu sebelum semester terakhir mereka. Latihan praktikal saya bermula pada 20 Februari 2012 Masihi mengikut kalendar Gregory dan 28 Rabiul Awal 1433 Hijrah mengikut kalendar Hijriah. Jikalau mengikut peredaran bulan pada waktu itu, ia telah menghampiri kepada terbentuknya anak bulan baru. Baik, pengenalan yang cukup skema di atas hanya sekadar permulaan. Jika anda sudah tidak tahan membacanya, diharapkan anda berhenti sampai di sini sahaja. Jika ini kali pertama anda membaca artikel di blog Terato Tech, anda jangan gusar kerana ada banyak lagi artikel-artikel menarik di blog Terato Tech ini dan janganlah terus berhenti membaca artikel-artikel di blog Terato Tech hanya disebabkan oleh artikel picisan ini. Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bos, Encik Reza Razali kerana sudi menerima saya menjalankan latihan praktik di Terato dan atas kepercayaan dalam memberi tugasan kepada saya. Semua tugasan yang diberikan adalah menjurus kepada tugasan sebenar. Ini amat penting bagi saya dan rakan-rakan(Nithi dan Hendra) dalam menimba pengalaman baru dan mempergunakan ilmu yang sedia ada untuk digunakan dalam tugasan berkenaan. Secara jujurnya, bukan mudah melaksanakan tugasan-tugasan berkenaan dan bukan juga senang melaksanakannya walaupun dengan Unifi yang ada segala persoalan boleh di'google'kan dengan pantas, ataupun banyak benda baru yang harus dipelajari dalam menyiapkan tugasan berkenaan. Ketahuilah, segala yang dilakukan adalah demi minat dan rasa ingin tahu dalam bidang ini. Ya, kemungkinan ayat-ayat sebegini hanya wujud dalam drama korporat bersiri. Namun bila bercerita pasal ikhlas, hanya Allah sahaja yang tahu. Berkata mengenai kerja-kerja yang diberikan, bagi seorang pelajar jurusan komputer dan masih lagi berhutang PTPTN, ia tidaklah semudah seperti yang dipinta dan tidaklah juga susah seperti yang dijangka. Dengan adanya bantuan dan tunjuk ajar daripada staf-staf Terato segala permasalahan yang melanda dapat diselesaikan dengan mudah. Jika dengan bantuan tersebut tidak memadai, Unifi yang tersedia bisa sekali membantu sedikit sebanyak dalam menyelesaikan masalah-masalah biasa. Kuncinya di sini adalah jangan malu bertanya. Malu bertanya kerja jadi lambat. Salah satu perkara yang memang di luar jangkaan saya ketika saya berada di sini adalah berat badan saya. Sewaktu saya berada di Terato pada hari pertama, saya perasan di tepi pintu masuk diletakkan alat penimbang berat badan. Saya berasa pelik kenapa penimbang berat badan ada di dalam sebuah pejabat seperti ini. Setelah diperjelaskan oleh TeratoMan, barulah saya mengetahui sebabnya. Maka saya pun mulalah menimbang berat badan saya pada hari itu. Seperti yang saya jangkakan, sepanjang keberadaan saya di UTM, berat badan saya sentiasa konsisten sahaja tidak naik dan tidak juga turun. Mungkin sahaja sama juga di sini berat badan saya mungkin tidak akan berubah,bisik hati saya. Namun, jangkaan itu meleset, bulan demi bulan berat saya meningkat dan akhirnya pada penghujung latihan praktikal,ia telah bertambah sehingga 12++ kg. Alhamdullilah. Jika menurut indeks jisim jasad(BMI), pada awalnya saya berada di bahagian 'kekurangan berat badan(underweight)', dan sekarang saya berada di paras normal. Terima kasih diucapkan kepada makcik dan pakcik di restoran bawah,La Rizz, dan pembekal snek di pejabat Terato. Tanpa bantuan anda semua berat badan saya tidak akan naik. Terima kasih. Kepada teman-teman futsal, Halil, Henzman, Hasyimi, Chidi, Hijazi, Pijun, Amin, Helmi, Abang Boy and the Gang, terima kasih atas kesudian kalian bermain dengan saya dan kepada Halil terima kasih kerana sudi mengajak saya berfutsal. Kepada Hasyimi, smoga dikurniakan kesihatan untuk bermain semula.Kepada bunga-bunga Terato Tech Kak Mai, Kak Mai Jr. , Kak Zara, terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar dari akak-akak semua. Kepada Azril, terima kasih kerana sudi menjadi penyelia saya sepanjang berada di sana. Banyak saya belajar dari anda. Kepada Calvin, you know that you are always the cool guy over (what?) the right ? Thanks for giving me some of your coolness. HeHe. Apa-apa pun selamat berpuasa kepada warga Terato Tech semua. Wassalam. To jake, the last fight we had was a good fight, next time we encounter, you better be prepared (Hwuaaaahhh!!!!). Yang Benar, Ahmad La. (Dimuat naik tanpa ulasan oleh TeratoMan)

    Share this to

      Ready to start a project?

      Click below to write us a note, or reach us at+60389221606 +60192008213