Hello GDC!

Hello GDC!

Delegasi Terato sekarang ini sudah berada di San Francisco, untuk menyertai acara tahunan Game Developers Conference di Moscone Centre.

Seperti tahun-tahun yang lepas, GDC2014 akan dihadiri oleh para pembikin permainan video dari seluruh dunia untuk mereka bertemu dan bertukar-tukar pendapat dengan tujuan membentuk masa hadapan industri permainan video.

Pelbagai forum, kelas dan sesi perbincangan telah diatur untuk para peserta. Kami amat optimis dengan bahan-bahan yang telah kami sediakan untuk acara ini dan berharap ia membuahkan hasil demi kemajuan industri ini di tanah air secara amnya.

Nantikan kemaskini lebih lanjut…

 

Hello there, anything to say? ;-)