Gempak!

Gempak!

Assalamualaikum, salam hari Jumaat dan 1Malaysia. Maka sebelum kita berhujung minggu yang panjang dan menyambut Hari Malaysia pada Isnin nanti, kami ingin kongsikan sedikit tentang terbitan-terbitan terbaru pada ‘Newsstand’ AIYO.

Learn Quran in 48 Hours

learn-sc-03

LearnQuran48H oleh Jamiyah Singapura

Learn Quran in 48 Hours atau LearnQuran48H adalah buku elektronik terbitan Jamiyah Singapura, sebuah badan dakwah dari negara jiran Malaysia. Mempergunakan sepenuhnya enjin interaktif AIYO lengkap dengan bantuan audio/bunyi/suara yang bakal membantu pengguna mempelajari sebutan-sebutan dan huruf-huruf dalam Al-Quran dengan lebih mudah, pantas dan lancar.

Aplikasi yang sedang hangat di pasaran ini telah mendapat perhatian menggalakkan sejak awal pelancarannya (Aplikasi bimbit ajar baca Quran dalam 48 jam) dan telah menduduki antara aplikasi di kedudukan tertinggi di Apple App Store Singapura, dalam kategori pendidikan.

Dapatkan aplikasi ini di Apple App Store sekarang.

KotaBuku 

Pelbagai karya yang menarik menanti anda!

Pelbagai karya yang menarik menanti anda!

Aplikasi KotaBuku atau Kedai Buku KotaBuku adalah satu usahasama antara Terato tech/AIYO dan Perbadanan Kota Buku untuk memartabatkan lagi hasil-hasil karya tempatan.

Kumpulan pertama karya-karya yang memenuhi aplikasi ini adalah hasil nukilan para pemenang dan peserta terbaik pertandingan menulis/melukis novel grafik KotaBuku baru-baru ini. Dijamin bermutu tinggi dan lebih cantik pada paparan iPad, aplikasi ini diharap dapat menjadi batu loncatan buat pengkarya tempatan memasarkan hasil-hasil nukilan mereka ke persada dunia.

Boleh didapati di Apple App Store untuk peranti iPad.

Aras Mega

Terdapat juga buku tentang Surah An-Naml dan Yassin!

Terdapat juga buku tentang Surah An-Naml dan Yassin!

Aras Mega adalah sebuah syarikat penerbitan buku-buku pendidikan dan berunsur Islam yang mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam penerbitan dan pembekalan buku kepada agensi kerajaan dan koperasi, sekolah serta badan swasta. Namun, mereka tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan dan kemodenan juga kepantasan lantas aplikasi ini diwujudkan.

Baru sahaja terbit minggu lepas di Apple App Storetiga (3) buku sedia untuk dimuat turun dan dijamah isi-isinya yakni Tafsir Surah-surah An-Naml, Al-Ankabut dan Yaasin tulisan mantap Zawawi Haji Ahmad.

Jadi yang pertama memuat turun aplikasi ini dan bersedia untuk meneroka lebih mendalam tentang surah-surah yang kami sebutkan di atas tadi. Dapatkan untuk iPad anda di pautan Apple App Store ini.

Hello there, anything to say? ;-)