Gambar dari Utusan Malaysia. BOOM!

[Gambar dari Utusan Malaysia obviously. BOOM!]

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), sebuah universiti tempatan paling maju di rantau Pantai Timur baru-baru ini(yakni hari Ahad. Dedikasi, boom!) telah menandatangani perjanjian bersama Terato tech, tempat di mana Teratoman bekerja, untuk membina satu aplikasi yang bakal membantu, menggalak dan menyemai kecintaan seluruh rakyat Malaysia terhadap perkhidmatan keretapi (seperti KTM, LRT dan MRT) yang dipanggil, MyTrain atau MalaysiaTrain.

Versi iOS atau iPhone/iPad/iPod sudah sedia untuk muat turun di sini dan pihak Terato akan bergabung tenaga bersama kepakaran UniSZA untuk menerbitkan versi Android yang sudah tentunya percuma dan cantik dan bukan HTML5 tidak lama lagi.

Jangan lupa, aplikasi itu mendapat pengiktirafan apabila memenangi pingat emas dan anugerah khas dari Korea University Invention Association pada Persidangan Antarabangsa dan Penciptaan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Pecipta 2013) yang berlangsung pada 7 dan 9 November tahun lalu.

Perjanjian ini merupakan satu usaha yang bakal menyaksikan pasaran aplikasi Android digegarkan selain mewujudkan pemindahan teknologi dan kepakaran di antara dua organisasi mantap ini. Baca lebih banyak cerita BOOM tentang kerjasama ini dari akhbar-akhbar tempatan semalam seperti Bernama, Utusan Malaysia dan Harian Boom Metro!

Hello there, anything to say? ;-)