Klik untuk pembesaran yang mengujakan.

Terima kasih Harian Metro. Terima kasih Afiq Hanif.

Akhbar nombor 1 Malaysia ini sentiasa memberi sokongan dan semangat positif kepada organisasi kami yang masih muda. Bukanlah kami mengharapkan pujian melambung atau yang seumpamanya, tetapi apa sahaja yang bersifat baik dan membina bakal meningkatkan motivasi kami untuk terus memberikan sesuatu yang berguna buat masyarakat. (Setiap individu di Terato tech rasa amat bangga hari ini. Saya dengar sampai ada yang ingin pos naskah Harian Metro hari ini ke Perlis melalui Pos Laju.)

Apalagi ini kali pertama Terato tech, secara khusus, disebut di dalam ruangan Bisnes Harian Metro. Selalunya kami bersiaran di halaman IT@Metro. Satu permulaan yang baik untuk tahun baru 2012. Semua di sini berharap ia bakal menjadi permulaan kepada tahun yang lebih untuk kami.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sentiasa memberi sokongan dan semangat (tak kira apa bentuk pun, positif/negatif) kepada kami. Semoga Tuhan sentiasa menyayangi anda (WOW!) dan dapat memberikan kita semua peluang untuk lebih berjaya pada tahun ini.

Jadi, sesiapa yang berminat untuk temani kami ke San Jose?

6 comments on Terato tech di ruangan Bisnes Harian Metro

Say Hi! Send us your message!