page_5

Penulis adalah Pengasas Terato tech!

Reza Razali, pengasas syarikat pembangun perisian mudah alih Terato tech, sekali lagi menjadi ‘darling’ kepada saluran-saluran media negara apabila muncul di TV dan surat khabar 3 kali sepanjang tempoh 10 hari yang lepas.

Untuk tidak membuang masa anda, mulakan dengan membaca warkah keramat beliau di Harian Metro Isnin lepas seperti yang kami lampirkan di atas. Berbicara mengenai masa depan dunia mudah alih di Malaysia, Reza berjaya mengetengahkan perbincangan mendebarkan dan mendalam tentang industri yang sedang meningkat naik ini.

Di dalam video YouTube di bawah pula,

Embedly Powered

Reza bersama seorang rakan di kalangan media kami, Ikhwan ‘Tekong’ Nazri mengulas tentang apa yang mereka impikan terbentang di dalam Bajet 2014 yang akan datang. Mari kita mendoakan yang baik-baik dan harga tidak naik.

Di dalam video berikutnya,

Embedly Powered

Reza sebagai seorang ayahanda yang prihatin memberi nasihat berguna kepada ibu bapa dan anak-anak yang bakal terkesan dengan PBS atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Diharap dalam minggu-minggu yang mendatang, Abanganda Reza akan terus dihujani permintaan untuk muncul di saluran-saluran media atau Melodi, mana tahu ramai antara kami akan dibawa masuk sama.

Say Hi! Send us your message!