product 1

Perbadanan Putrajaya sebagai organisasi yg bertanggungjawab mengurus dan menyelia segalanya tentang Wilayah Persekutuan Putrajaya, telah menerbitkan, buat julung kalinya versi iPad/tablet/elektronik Buletin MyPutrajaya, dikuasakan oleh AIYO.

Buletin yang dikeluarkan setiap bulan ini, memaparkan segala cerita, berita dan aktiviti yang berlaku di Putarajaya oleh warga Putrajaya.

Dengan terbitnya versi tablet dan telefon pintar ini, segala sisi menarik tentang Putrajaya pada bulan tersebut bakal dikongsikan kepada seluruh dunia, khusunya bagi pengguna iOS dan Android.