product 1

MyPesara merupakan aplikasi pintar yang dibangunkan bertujuan memberi kemudahan kepada pesara Kerajaan Malaysia mencapai maklumat seperti data peribadi, data perkhidmatan dan maklumat bayaran pencen yang diterima setiap bulan.

Assalamualaikum WBT dan Salam 1Pesara,

BERITA BAIK UNTUK SEMUA PESARA KERAJAAN!!

Untuk makluman semua pesara/penerima pencen/waris pesara Kerajaan, mulai 1 Julai 2017 secara rasminya aplikasi MyPesara boleh dimuat turun daripada Google Playstore dan Apple Appstore. Justeru, anda semua dijemput untuk memuat turun (download) MyPesara ini secara PERCUMA! Yes, PERCUMA!

“Kini, lebih mudah untuk menguruskan urusan persaraan anda dengan aplikasi MyPesara!

Dapatkan pelbagai maklumat mengenai hal ehwal persaraan dan informasi terkini, serta semak dan kemaskini status pencen kini boleh dilakukan di mana-mana sahaja, setiap masa, di hujung jari anda!

Muat turun MyPesara hari ini juga!